SKMM
SKMM gesa orang ramai manfaatkan Jendela Map bagi mengetahui status liputan rangkaian perkhidmatan jalur lebar di kawasan tempat tinggal.

KUALA LUMPUR – Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merakamkan keterangan 5 suspek menyebarkan berita palsu mengenai Covid-19.

Perkembangan terbaharu itu disahkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.

Ujarnya, kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

SKMM dan PDRM jelasnya bekerjasama menerusi Jawatankuasa Jenayah Siber untuk menangani penularan berita palsu secara berterusan mengenai wabak ini yang mengakibatkan kekeliruan dan pada akhirnya mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat.

“Selamat sejahtera, SKMM dgn kerjasama PDRM telah mengambil rakaman percakapan 5 suspek atas tuduhan menyebarkan berita palsu mengenai COVID19. Tambahan kepada 6 orang yang telah dicaj sebelum ini.

“SKMM & PDRM akan terus berganding bahu melalui Jawatankuasa Jenayah Siber untuk menangani penyebaran berita palsu secara berterusan terutamanya mengenai COVID19 yang boleh mengelirukan serta menimbulkan suasana ketidaktenteraman dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya menerusi Twitter.

Untuk rekod, sebelum ini sebanyak enam laporan berkaitan berita palsu Covid-19 yang menular sejak Januari sehingga Mac. – MalaysiaGazette