KOTA BHARU – Pelantikan Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan yang baharu menerima sokongan hampir kesemua ketua cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri itu.

Mohamad Suparadi berkata dalam pertemuan yang diadakan hari ini 11 ketua cabang telah menyatakan sokongan terhadap pelantikan beliau.

Cabang-cabang itu ialah Pasir Mas, Pasir Puteh, Jeli, Kuala Krai, Gua Musang, Bachok, Pengkalan Chepa, Machang, Tanah Merah, Kota Bharu dan Tumpat.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas pertemuan itu beliau berkata tiga lagi cabang iaitu Ketereh, Kubang Kerian dan Rantau Panjang masih belum menyatakan pendirian mereka.-BERNAMA