Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kematian Prof. Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim pagi tadi sebagai kehilangan besar kepada negara.

Menurutnya, mendiang merupakan individu hebat dalam memperjuangkan sejarah dan kaum di negara ini.

Beliau turut merakam ucapan takziah kepada keluarga Khoo.

“Takziah kepada keluarga mendiang.Saya sedih kerana tidak sempat menziarahi dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang. Saya mahu ke sana tetapi tidak mempunyai masa.

“Mendiang merupakan individu hebat yang memberi sumbangan besar kepada perkembangan sejarah negara.

“Mendiang juga adalah sejarawan  terbilang yang sangat adil kepada semua kaum di negara ini kerana beliau sentiasa bersifat benar sama ada bercakap mengenai Cina, Melayu atau India dan semua orang sentiasa menghormati pandangannya,” katanya.

Kay Kim, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), pada jam 10 pagi tadi, pada usianya 82 tahun akibat jangkitan paru-paru.-MalaysiaGazette