Keunikan sambutan Tahun Baharu Cina penduduk Kampung Permai, Machap Umboo Alor Gajah mempunyai keunikannya tersendiri apabila menggunakan barangan kitar semula menghasilkan lampu tanglung hiasan dan naga

ALOR GAJAH – Sambutan Tahun Baharu Cina penduduk Kampung Permai, Machap Umboo, di sini, mempunyai keunikannya tersendiri apabila turut menggunakan barangan kitar semula sebagai hiasan tanglung dan replika naga.

Hasil kreativiti itu, mereka berjaya menghasilkan lampu tanglung hiasan menggunakan 2,000 barangan terpakai seperti, tin, botol air dan minyak masak, kertas, kain serta batang paip.

Ia menjadikan kawasan persekitaran kampung dipenuhi pelbagai lampu hiasan selain replika naga kayu dan naga emas sesuai dengan Tahun Naga yang disambut masyarakat Tiong Hua, tahun ini.

Yap Yong Leong

Penasihat Projek Hiasan Tanglung Machap Umboo, Datuk Yap Yong Leong berkata, usaha murni itu dilakukan sepenuhnya golongan belia dan wanita Kampung Machap Umboo.

“Tahun ini, uniknya kita gunakan kira-kira 2,000 barang kitar semula termasuk botol yang dicat semula dengan warna merah.

“Batang-batang paip terpakai, kainjuga digunakan sebagai rangka menggantung tanglung dan naga selain tin sekali gus menjimatkan kos di samping mengurangkan pencemaran alam sekitar,” katanya ketika ditemui di sini.

Keunikan sambutan Tahun Baharu Cina penduduk Kampung Permai, Machap Umboo Alor Gajah mempunyai keunikannya tersendiri apabila menggunakan barangan kitar semula menghasilkan lampu tanglung hiasan dan naga emas.

Menurutnya, projek hiasan tanglung itu merupakan acara tradisi sejak beberapa tahun lalu setiap kali tiba perayaan itu.

“Terdapat lebih 3,000 tanglung pelbagai saiz menjadikan kawasan ini seperti ‘Little Beijing’ sekali gus dapat menggamit pelancong di kawasan kampung ini untuk merakam detik indah sebagai kenangan.

Keunikan sambutan Tahun Baharu Cina penduduk Kampung Permai, Machap Umboo Alor Gajah mempunyai keunikannya tersendiri apabila menggunakan barangan kitar semula menghasilkan lampu tanglung hiasan dan naga emas.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya, Ngwe Hee Sem berkata, Tahun Baharu Cina kali ini sangat bermakna kerana diraikan bersama sambutan Tahun Melawat Melaka 2024.

“Jadi saya berharap, pelancong yang datang ke Melaka tidak hanya tertumpu di pusat bandar sahaja, tapi singgah juga ke ‘Little Beijing’ ini yang pastinya akan menggembirakan mereka,” katanya. – MalaysiaGazette