Alan Pryor minimum wage Kuala Lumpur Convention Centre KLCC
Alan Pryor

KUALA LUMPUR – Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (Pusat) menawarkan gaji minimum RM2,500 untuk kakitangan sepenuh masanya, 40% lebih daripada yang ditetapkan kerajaan berkuat kuasa pada 1 Mei 2022.

Pengurus Besar KLCC, Alan Pryor, semakan gaji minimum itu dibuat berdasarkan peningkatan kos sara hidup di Kuala Lumpur.

“Pasukan pekerja adalah aset terbesar kami dan apabila kami meneruskan perniagaan dalam kapasiti penuh selepas dua tahun, keputusan ini adalah tepat pada masanya.

Pryor juga berkata, sektor hospitaliti menghadapi kekurangan tenaga kerja yang besar ketika Malaysia mengalu-alukan acara antarabangsa dan pelancong asing ke negara ini.

”Selepas Covid-19, kami berhadapan dengan pengurangan rantaian bekalan, tenaga kerja dan persaingan sengit di peringkat tempatan dan serantau.

”Dasar gaji dan pampasan yang lebih baik perlu dilaksanakan di seluruh industri untuk menarik bakat baharu dan meningkatkan semangat kakitangan semasa,” katanya.

Dalam pada itu, Pryor menambah, KLCC sedang giat mengambil pekerja sambilan untuk menyertai Program Dutanya yang menyediakan kursus asas pengendali makanan percuma, elaun latihan penyegaran, caruman Perkeso dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, jadual kerja fleksibel, pakaian seragam, makan bertugas dan elaun pengangkutan syif malam.

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, KLCC berkata, ia sedang bersedia untuk menganjurkan 117 acara perniagaan dan hiburan sehingga Disember 2022 ini. – MalaysiaGazette