Friday, March 29, 2024
Home Nasional Kompleks Mahkamah KL lengang, kawalan ketat

Kompleks Mahkamah KL lengang, kawalan ketat

Suasana dihadapan pintu pagar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penutupan penuh bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 01 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur lengang pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh dilaksanakan pada hari ini dengan kawalan ketat dilakukan pihak pengurusan dan pengawal keselamatan.

Sebarang urusan perlu mendapat kebenaran daripada pegawai yang berada di kanopi yang terletak di luar perkarangan mahkamah.

Hanya ada satu laluan masuk sahaja dibuka dan saringan suhu akan dibuat terlebih dahulu.

Orang awam juga tidak dibenarkan mengikuti sebarang prosiding sebutan kes baharu.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati orang awam yang datang juga mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Malah jumlah orang awam yang datang untuk berurusan juga tidak ramai.

Suasana dihadapan pintu pagar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penutupan penuh bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 01 JUN 2021.

Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKP Penuh Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari bermula hari ini.

Sepanjang tempoh ini hanya 17 sektor dan perkhidmatan yang dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).-MalaysiaGazette