Konsert 3 Suara menampilkan tiga nama besar iaitu Zamani, Datuk Jamal Abdillah dan Ameng.

KUALA LUMPUR – Kejayaan Konsert 3 Suara yang menampilkan tiga lama iaitu Datuk Jamal Abdillah, Ameng Spring dan Zamani Slam di Panggung Sari, Istana Budaya dua tahun lalu masih segar dalam ingatan.

Siapa yang boleh lupa kehebatan tiga sahabat lama itu tatkala  beraksi di atas pentas yang cukup berprestij itu.

Ternyata gandingan yang julung kali diadakan ini mendapat pujian ramai dan rata-rata mereka melahirkan keinginan itu menyaksikan konsert yang serupa jika diberi peluang.

Akhirnya doa mereka itu dijawab tuhan apabila penganjur Binjamal Event Sdn. Bhd. berminat untuk meneruskan legasi konsert itu dengan mempersembahan Konsert 3 Suara yang juga menampilkan tiga penyanyi hebat itu selain faktor memiliki vokal emas.

Walaupun industri hiburan terus dibanjiri bakat baharu yang tumbuh bagai cendawan lepas hujan.

Menariknya kali ini, konsert berskala mega itu bakal diadakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh di Perak pada 6 April ini pukul 8.30 malam.

Gandingan hebat tiga legenda itu turut akan diserikan dengan kehadiran anak sulung kepada Jamal, Osama Yamani dan kumpulan Radiowave sebagai penyanyi undangan.

Berkongsi perkembangan terkini, tunjang utama Konsert 3 Suara yang juga Pengarah Urusan Binjamal Event Sdn. Bhd, Jamal  meluahkan rasa teruja dengan penganjuran konsert tersebut.

“Alhamdulillah, saya sangat gembira kerana sekali lagi dapat
merealisasikan impian untuk menggabungkan Ameng dan Zamani
dalam sebuah konsert sekali gus mengembalikan ingatan peminat
terhadap konsert yang pernah kami ada kan dua tahun lalu.

“Insya-Allah dengan kerjasama yang baik daripada kerajaan negeri Perak termasuk Lembaga Pelancongan serta Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturrahim Isteri-Isteri Harapan negeri perak (KASIH ), serta Radio RTM Perak ,konsert ini akan berjaya dan mendapat sambutan yang menggalakkan,” katanya dalam nada teruja.

Mengenai pemilihan Osama dan kumpulan Radiowave sebagai
penyanyi undangan, penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Kekasih Awal dan Akhir serta Penghujung Rindu ini berkata, niatnya hanyalah untuk memberi pendedahan kepada kedua-dua bakat baharu itu.

“Pemilihan Osama dan Radiowave bertujuan untuk memberikan
pendedahan,sokongan serta platform kepada mereka untuk terus
bertapak dalam arus perdana industri seni tanah air,” jelasnya.
Mengenai lokasi konsert ini yang dibuat di negeri kelahirannya.

Jamal memberitahu, Konsert 3 Suara diadakan di Ipoh adalah bersempena pelancaran Festival Seni  Perak 2019.

Mengulas persembahan yang akan disajikan mereka pada konsert itu, Jamal berkata terdapat segmen solo dan juga paduan suara.

“Setiap artis akan menyanyikan lapan buah lagu secara solo manakala untuk gabungan pula, tiga buah lagu bakal didendangkan.

Antara lagu yang dipilih untuk segmen paduan suara adalah Isabella98, Terharu dan Gadis Melayu,” kata Jamal.

Konsert itu turut mendapat sentuhan pengarah muzik yang tidak asing lagi iaitu Raja Mohd  Sham dan segala urusan promosi dijayakan oleh Mewah Event Management.

Apa yang menarik mengenai konsert tersebut turut diadakan Karnival Konsert 3 Suara yang diadakan diperkarangan luar Stadium Indera Mulia bermula pukul 8 pagi hingga 8 malam.

Antara aktiviti yang dijayakan seperti Tapak Gerai Jualan, Food
Truck,Car Boot Sales, Zumba , Buskers, Street Futsal, Sukan Rakyat, Pertandingan Karoake Lagu Dato’ Jamal Abdillah, Zamani dan Ameng,  Pameran Ferrari & Lamboghini, Pertandingan Motor Vespa Klasik &  HarleyDavidson, Kempen Kesedaran dari Pengasih Amanjaya Gopeng Perak dan jualan Pra Raya Aidil Fitri.

Peminat boleh mendapatkan tiket bagi menyaksikan konsert ini pada harga  RM183, RM133, RM103 dan RM83 menerusi laman sesawang www.ilassotickets.com atau hubungi 03-2170 6333.

Tiket boleh didapati mulai esok.

Segala pertanyaan bole hubungi talian 012-216 6873 atau
[email protected]. – MalaysiaGazette