Dr. Adham Baba

KUALA LUMPUR – Kontrak secara one-off bagi 2,070 orang pegawai perubatan, pergigian dan farmasi untuk enam bulan lagi diluluskan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Maklum balas kelulusan bagi penjawat-penjawat berkenaan diterima daripada Kementerian Kewangan.

Menteri Kesihatan, Datuk Dr Adham Baba berkata, kelulusan itu bagi tambahan kepada kontrak enam bulan yang diberikan sebelum ini.

Kelulusan berkenaan melibatkan 79 pegawai perubatan yang telah lengkap berkhidmat wajib sahaja kerana telah mengikuti latihan siswazah di luar negara, 852 Pegawai Pergigian dan 1,139 Pegawai Farmasi yang telah menamatkan latihan/khidmat wajib.

Menurutnya, jumlah peruntukan bagi penyambungan kontrak ini adalah RM81juta yang ditanggung menerusi peruntukan Kumpulan Wang Covid-19.

Penyambungan kontrak ini adalah manifestasi keprihatinan kerajaan bagi membolehkan pegawai meneruskan penyampaian perkhidmatan di fasiliti kesihatan di bawah KKM. – MalaysiaGazette