Sedikit kekecohan berlaku sewaktu Konvesyen DAP Perak ke-19 hari ini, apabila didakwa wujudnya pengundi hantu yang akan memilih ahli ke Jawatankuasa Negeri dan isu tempoh pengundian yang tiba-tiba dilanjutkan.

Kekecohan itu berlaku sebaik sahaja Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng selesai berucap merasmikan Konvensyen DAP Perak ke-19 hari ini, yang dihadiri kira-kira 2,000 perwakilan dan ahli DAP seluruh negeri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh.