KUALA LUMPUR – Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS Berhad) menyerahkan Wakaf Tunai Korporat sebanyak RM200,000 kepada Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) hari ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif selaku pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PWS, Anuar Hamzah Tohar berkata, KPS Berhad merupakan syarikat milik kerajaan negeri Selangor (GLC) pertama yang  melaksanakan Wakaf Tunai Korporat ini.

“Wakaf yang disalurkan kepada PWS ini akan dimanfaatkan untuk beberapa projek bersasar yang akan dibangunkan oleh PWS antaranya adalah Wakaf Centre, Maahad lntegrasi Tahfiz Sains Selangor dan juga projek stesen minyak, serta beberapa projek lain yang masih dalam perancangan.

“PWS menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada KPS Berhad serta seluruh warga kerja KPS Berhad dalam melaksanakan ibadah wakaf ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan replika Sahabat Korporat PWS kepada KPS Berhad yang berlangsung hari ini oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutil Kewangan dan Perkhidmatan Korporat KPS Berhad  Suzila Khairuddin, Timbalan kepada Pengerusi PWS. Datuk lbrahlm Md. Yusol.

Ujarnya,  PWS akan terus komited dalam membudayakan amalan berwakaf dan konsisten menyeru syarikat swasta atau korporat yang lain untuk mengambil peluang berwakaf.

Jelasnya, antara kelebihan berwakaf melalui PWS adalah 33 peratus Wakaf Tunai Korporat akan disalurkan kepada pihak pewakaf layak bagi mengambil agihan semula untuk tujuan membantu institusi yang memerlukan.

Katanya, dengan syarat bantuan tersebut adalah pembelian aset yang mana jangka hayatnya melebihi lima tahun.

“lni bertujuan untuk mengekalkan konsep wakaf tersebut iaitu jariah berpanjangan selagi mana ianya digunakan,” katanya.

Tambah beliau, pada masa yang sama KPS Berhad juga menggalakkan kakitangannya melaksanakan wakaf tunai melalui potongan gaji serendah RM1.

Pihak syarikat dan kakitangan KPS Berhad ”layak untuk mendapatkan 10 peratus potongan cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” katanya. – MalaysiaGazette