Seorang wanita hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menyebabkan penderitaan terhadap enam ekor kucingnya, April lalu.
Kucing boleh memberi imej Presiden yang lebih lembut dan insani- Foto Hiasan

WASHINGTON – Ketika sedang bertanding sebagai calon Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden membuat kenyataan sudah tiba masanya haiwan peliharaan dibawa masuk semula ke White House.

Pada mulanya, hanya dua ekor anjing jenis German Shepard, Champ dan Major milik bakal Wanita Pertama, Jill Biden yang bakal menjadi antara penghuni White House.

Bagaimanapun kini, dikhabarkan seekor kucing bakal dibawa masuk sebagai haiwan peliharaan Presiden.

Dalam satu temu bual bersama Fox 5 di Washington, Jill memberi bayangan, sekiranya suami beliau memenangi pilihan raya Presiden, beliau tidak kisah untuk memelihara seekor kucing.

“Saya suka kucing dan tidak kisah memiliki haiwan peliharaan di dalam rumah,” katanya.

Jenis kucing berkenaan masih belum didedahkan.

Wakil Biden juga tidak memberi maklum balas ketika diminta untuk menjawab soalan tersebut pada Sabtu.

Pasangan Biden itu akan mengembalikan semula tradisi Presiden yang memelihara haiwan peliharaan apabila mereka berpindah masuk ke White House pada Januari ini.

Donald Trump tidak mempunyai haiwan peliharaan sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Presiden.

Ramai Presiden AS sebelum ini memelihara kucing sebagai haiwan peliharaan ketika menghuni White House.

Mungkin antara kucing yang paling popular di White House adalah Socks iaitu ketika pemerintahan Presiden Bill Clinton. – Agensi

1 Komen

Comments are closed.