KUALA LUMPUR – Penyampai radio Era,  Radin membuat ‘lelongan amal’ dengan menjual koleksi kasut terpakainya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi membantu para etugas barisan hadapan.

Hasil usahanya dengan beberapa lagi rakannya sejak 20 April yang lalu, Radin  berjaya mengumpul RM8,090 yang semuanya akan digunakan untuk membeli keperluan dan juadah berbuka puasa petugas barisan hadapan.

Next, kami akan menguruskan proses pembelian keperluan frontliners & penyediaan makanan (berbuka puasa) kepada yang memerlukan.

“Dengan rendah hatinya, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua (pembeli), individu yang spread the news pasal lelongan & rakan-rakan media yang turut serta dalam projek Ini. “Kami bukan kaya, tapi pernah merasa tiada” katanya.

Meskipun ramai yang turut memberi kerjasama membeli kasut demi beramal, Radin Amir Effendi,30 turut mendedahkan terdapat segelintir yang menipu dengan tidak memberikan respons selepas bersetuju untuk membeli pada mulanya.

“Ada sebahagian juga yang langsung tidak memberikan respon untuk proses pembayaran dengan (tidak membaca dm, blocked saya, serta mengaku saja suka-suka & menipu malah ada juga “JOY BIDDER”.

“Disebabkan itu, kami terpaksa mencari buyer baru untuk kasut yang gagal dijual dengan harga bidaan baru (lebih rendah),” tambahnya.

Bagaimanapun beliau menzahirkan rasa bersyukur kerana usahanya ini sedikit sebanyak dapat membantu petugas barisan hadapan yang sedang berusaha membantu rakyat memerangi Covid-19. -MalaysiaGazette