Pemain perseorangan China, Lin Dan. foto NOOREEZA HASHIM, 07 APRIL 2019.

KUALA LUMPUR – Pemenang dua pingat emas Sukan Olimpik, Lin Dan mengumumkan persaraannya dalam sukan badminton hari ini pada usia 36 tahun.

Beliua yang memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing dan 2012 di London disifatkan sebagai pemain terbaik sepanjang zaman apabila mendominasi sukan itu selama lebih sedekad.

Dia dan seterunya, Datuk Lee Chong Wei silih berganti menaiki podium pada era gemilangan mereka.

Chong Wei pula mengumumkan persaraannya setahun lalu.

Sementara itu, pengumuman Lin Dan di aplikasi Weibo menyaksikan dia tidak akan menyertai temasya Sukan Olimpik 2020 yang ditangguhkan kepada tahun depan kerana pandemik Covid-19.

Selain memenangi dua emas Olimpik, Lin Dan juga adalah juara dunia lima kali selain pernah berada pada kedudukan teratas ranking dunia untuk tempoh yang lama.

Digelar Super Dan, prestasi pemain berstatus bintang itu dilihat menurun sejak beberapa tahun lalu kerana faktor usia dan kecederaan. – MalaysiaGazette