Home Nasional LRT Kelana Jaya dibuka semula esok

LRT Kelana Jaya dibuka semula esok

Prasarana

KUALA LUMPUR – Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya, Petaling Jaya akan dibuka semula kepada pengguna mulai pukul 6 pagi esok.

Stesen itu beroperasi semula selepas sebahagian besar kerja baik pulih bumbung di kawasan platform berjaya disiapkan pukul 6 petang tadi, menurut Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian semalam, sebahagian bumbung stesen itu tercabut dan diterbangkan selepas hujan lebat serta angin kencang melanda kawasan tersebut. – MalaysiaGazette