KUALA LUMPUR – Jika baru-baru ini usahawan komestik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida mengumumkan kolaborasinya bersama jenama pereka terkemuka Louis Vuitton (LV) namun hari ini sebuah portal hiburan melaporkan pihak LV menafikan hal itu.

Berdasarkan emel yang diterima portal BeautifulNara, pihak LV menafikan kolaborasi itu.

Emel yang dijawab oleh Tracy Then, Pengurus Pelanggan LV Malaysia kepada seorang pembaca yang bertanyakan hal itu.

Terdahulu usahawan jutawan itu mengumumkan rekaan mengikut tempahan akan tersedia untuk pasaran Asia Tenggara menjelang tahun depan.

Dia membuat kolaborasi itu kerana minatnya terhadap jenama terkemuka tersebut.

Namun belum ada kepastian emel itu dijawab merujuk kepada kolaborasi LV bersama Datuk Seri Vida. – Malaysia Gazette