AMLA MACC Senior Enforcer US$6.94 million MEIO Hasanah case item Eric Chang 4 years old boy murder

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memenangi kes terhadap bekas Pengerusi Eksekutif Megan Media Holdings kerana mengemukakan maklumat palsu.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman 18 bulan penjara kepada Datuk Dr Mohd Adam Che Harun, berusia 73 tahun dan didenda sebanyak RM300,000 atau satu tahun penjara kerana mengemukakan maklumat palsu kepada Bursa Malaysia.

Maklumat itu berkaitan dengan pendapatan Megan Media Holdings yang terkandung dalam keputusan suku tahunan bagi tempoh kewangan berakhir 31 Januari 2007 membabitkan pendapatan Megan Media berjumlah sebanyak RM306 juta.

Ketika menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh, Hakim Mahkamah Sesyen, Zulqarnain Hassan berpendapat kesalahan yang dilakukan adalah serius.

Tertuduh sepatutnya mengelak daripada mengemukakan maklumat palsu tersebut kepada bursa.

Kesalahan yang dilakukan di bawah seksyen 122B itu dibaca bersama dengan seksyen 122(1) Akta Perindustrian Sekuriti 1983, membawa hukuman denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya. – MalaysiaGazette