Masjid Nabawi

RIYADH – Masjid Nabawi di Madinah hari ini dibuka semula selepas lebih dua bulan ia ditutup.

Bagaimanapun pembukaan masjid itu dibuat secara berperingkat untuk meredakan sekatan bagi membendung penularan Covid-19.

Kapasiti jemaah di masjid tersebut dihadkan kepada 40 peratus dan ia dipantau oleh pihak berkuasa.

Langkah berjaga-jaga turut diambil termasuk para jemaah diminta supaya membawa sejadah sendiri, memakai topeng muka dan mengamalkan penjarakan sosial.

Dalam perkembangan berkaitan, Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis turut dibuka kepada para jemaah bermula waktu solat Subuh pada hari ini. – MalaysiaGazette