Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menghargai peranan serta penglibatan masyarakat Cina ketika pembukaan dan pembangunan negeri ini sejak awal zaman Kesultanan Johor pada abad ke-16.

KUALA LUMPUR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menghargai peranan serta penglibatan masyarakat Cina ketika pembukaan dan pembangunan negeri ini sejak awal zaman Kesultanan Johor pada abad ke-16.

Dalam satu wawancara khas sempena sambutan Tahun Baharu Cina, baginda memberi penghormatan kepada masyarakat Cina yang turut bersama-sama bekerja keras dalam membantu membangunkan serta memodenkan negeri itu.

Di samping menggambarkan masyarakat Cina sebagai antara ‘tiang ekonomi Johor’, Sultan Johor bertitah, sumbangan mereka yang luar biasa perlu turut diiktiraf.

Mengimbas sejarah, baginda bertitah, masyarakat Cina diundang ke Johor sebagai ‘tetamu’ pada zaman nenek moyang Baginda bagi bersama membantu mengembangkan Negeri, dan bukannya dilihat sebagai ‘pendatang’.

“Nenek moyang saya mempunyai pandangan jauh untuk menjalin hubungan yang unik dengan masyarakat Cina. Mereka bukan “pendatang”. Mereka dijemput ke Johor untuk membuka tanah dan mengusahakan ladang.

“Mereka adalah” Bangsa Johor” sama seperti orang Melayu, orang India dan lain-lain… semuanya orang Malaysia,” titah baginda.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Para pekerja warga asing juga tiang ekonomi Qatar, UAE, Kuwait, dan baru-baru ini Dominican Republic. Memadailah tiru bendera US tanpa tiru perlembagaan birthrightnya. Kegagalan DEB menjamin majority ekonomi untuk majority pribumi Melayu bercanggah dengan Kontrak Sosial dan hak perlembagaan keistimewaan Melayu.

Comments are closed.