Maszlee Malik

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dijangka mengadakan sidang akhbar di pejabatnya pukul 4.30 petang ini ketika khabar angin bertiup kencang beliau akan meletakkan jawatan.

Jemputan sidang media khas itu diedarkan kira-kira pukul 11 pagi tadi. Maszlee sebelum itu Menteri Pendidikan itu mengadakan lawatan ke SK Setiawangsa bagi meninjau hari pertama persekolahan di situ.

Maszlee ketika ditemui wartawan enggan menjawab sebarang soalan yang tidak berkaitan dengan pendidikan ketika diajunkan pertanyaan mengenai Dong Zong dan pembelajaran tulisan jawi.

Portal berita MalayMail dan FMT melaporkan spekulasi Maszlee akan meletakkan jawatan selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut laporan yang memetik sumber Pejabat Perdana Menteri itu, Dr Mahathir akan mengumumkan rombakan Kabinet antaranya melibatkan menteri pendidikan itu. – MalaysiaGazette