Penyanyi Maya Matahari.

KUALA LUMPUR – Industri hiburan kehilangan seorang lagi anak seni apabila penyanyi Maya Matahari meninggal dunia akibat kanser hari ini.

Maya, 43, menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarga dalam perjalanan ke hospital swasta pukul 4 petang tadi.

Sebelum ini, Allahyarham dikatakan dirawat di China dan pernah tinggal di sana untuk yang lama.

Arwah pernah mendirikan rumah tangga dengan Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz pada 26 Jun 2009, tetapi bercerai pada 17 Ogos 2015 namun tidak dikurniakan cahaya mata.

Maya atau nama sebenarnya Meyanaliza Ruslee merupakan anak kelahiran Johor dan menceburi bidang seni apabila mula melancarkan album pertama beliau pada 25 Mac 1995 yang berjudul Matahari.

Gara-gara lagu itu, Maya meraih populariti dan ramai hingga ke hari ini.

Dua buah album kemudian menyusul dalam kerjaya seni beliau iaitu Diari Biru dan Mata. Selain itu, beliau turut menceburi bidang lakonan sama ada layar perak dan pementasan.

Selepas kejayaan beliau berlakon dalam filem Gemerlapan pada tahun 1997 sebelum diberi peluang berlakon teater Nyiur Gading Puncak Mahligai, Uda & Dara, Seruan Damai dan Hotel Malaya serta banyak lagi drama dan sitkom televisyen.

Pada 2018, beliau membuat kemunculan kembali dengan lagu terbaharu, Perlu Ada Setia dan pada masa yang sama menjadi peserta Gegar Vaganza musim yang kelima. – MalaysiaGazette