Azmir Jaafar dan Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), menyampaikan cek replika yang melambangkan sumbangan zakat syarikat kepada wakil-wakil agensi pungutan zakat dari 14 buah negeri.

KUALA LUMPUR – McDonald’s Malaysia membayar zakat perniagaan berjumlah RM2 juta kepada semua 14 negeri di Malaysia.

Pembayaran bagi tahun 2021 ini merupakan jumlah terbesar semenjak McDonald’s Malaysia mula membayar Zakat perniagaan lima tahun lalu, sejak syarikat itu diambil alih Lionhorn Pte. Ltd., sebuah anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar berkata, menyumbang kembali kepada masyarakat yang memerlukan merupakan nilai teras McDonald’s, sama ada melalui program tanggungjawab sosial korporat mahupun melalui sumbangan zakat.

Inisiatif sebegini tetap menjadi komitmen syarikat sepanjang tempoh pandemik Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan.

”Oleh itu, sumbangan kami pada hari ini amat bermakna di mana kami mampu menyumbang sebanyak RM2 juta dalam Zakat yang juga merupakan jumlah tertinggi kami sehingga kini bagi membantu komuniti yang amat memerlukannya,” katanya. – MalaysiaGazette