Conor McGregor. Foto Forbes.

KUALA LUMPUR – Bintang Ultimate Fighting Championship (UFC), Conor McGregor meluahkan hasrat untuk membeli Manchester United selepas peletakan jawatan mengejut Ed Woodward sebagai naib pengerusi eksekutif kelab berkenaan.

Perletakan jawatan itu turut menyebabkan harga saham The Red Devils jatuh teruk di sebalik masalah melanda Liga Super Eropah (EPL).

Karier Woodward bersama United selama 16 tahun berakhir semalam selepas dia dikritik berikutan pengumuman penganjuran European Super League pada Ahad lalu.

Dia dilaporkan meletak jawatan di kelab berkenaan sebelum Manchester City, Chelsea dan Arsenal menarik diri susulan protes di luar Stamford Bridge.

Serentak itu, McGregor menerusi akaun Twitter miliknya bertanya kepada penyokongnya sama ada dia boleh mengambil alih Red Devils.

Ciapan McGregor hadir selepas Sky Sports mendedahkan bahawa harga saham United jatuh secara drastik.

Saham kelab itu jatuh 6.60 peratus kepada 16.12 ASD (RM66.39) petang semalam. – MalaysiaGazette