Gambar hiasan.

BALIK PULAU – Hospital Balik Pulau (HBP) sedang mengesan ahli keluarga atau waris warga emas yang meninggal dunia di wad hospital itu sejak dua minggu lalu.

HBP dalam satu kenyataan berkata, si mati dikenali sebagai Ho Ah Bah @ Ho Ah Wah, 79, dihantar ke hospital berkenaan untuk menerima rawatan penyakit batuk kering sebelum disahkan meninggal dunia pada 21 Ogos lalu.

“Pihak HBP telah cuba mengesan ahli keluarga waris warga emas berkenaan namun gagal selain alamat atau tempat tinggal terakhir lelaki  itu juga tidak dapat dikenal pasti.

“Mayat lelaki yang tidak dituntut sejak dua minggu itu masih ditempatkan di Jabatan Perubatan Forensik HBP,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan waris mayat berkenaan diminta menghubungi Ketua Unit Pengurusan Hospital Balik Pulau, Mohd Shukeri Md Zain di talian 04-866 9333/115 untuk menyalurkan maklumat. – MalaysiaGazette