Volodymyr Zelensky

KIEV – Seramai 40 Ahli Parlimen Eropah (MEP) mengutus sepucuk surat kepada Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, memohon agar negara itu tidak menyerahkan bekas ketua unit anti-pesawat, Volodymyr Tsemakh, yang didakwa sebagai saksi utama insiden kemalangan pesawat MH17 ke Rusia.

“Ia mendapat perhatian kami bahawa Rusia telah memohon Vladimir Borisovich Tsemakh diserahkan sebagai sebahgaian daripada rundingan pertukaran banduan antara Ukraine dan Rusia,” menutut surat tersebut.

Tsemakh merupakan bekas pemerintah angkatan tentera udara pro Rusia di kawasan yang dikuasa puak pemisah, Donetsk People’s Republic (DPR), dan merupakan suspek utama dalam tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh dengan menggunakan peluru berpandu, BUK, di timur Ukraine pada 17 Julai 2014.

Kesemua 298 penumpang dan anak kapal Boeing, B777 milik Malaysia Airlines itu terbunuh dalam kemalangan tersebut.

“Kami faham hubung kait antara rundingan seumpamanya dilakukan dan usaha diplomatik oleh pihak berkuasa Ukraine ketika ini, Encik Tsemakh merupakan suspek siasatan jenayah berhubung tembakan ke atas penerbangan MH17 dan kehadiran serta testimoni di hadapan Pasukan Siasatan Bersama (JIT) adalah penting untuk pendakwaan dilakukan secara berkesan oleh negara terlibat,” kata Ahli Parlimen itu.

“Semua pihak bersedia untuk membantu siasatan dan pendakwaan mereka yang bertanggungjawab perlu mendapat kerjasama penuh dengan siasatan jenayah yang masih berjalan,” menurut surat tersebut.

Terdahulu, agensi berita Unian melaporkan pada akhir Jun unit tentera khas Ukraine melakukan operasi khas di bandar Snizhne di wilayah Donetsk, Ukraine yang dikuasai Rusia bagi menahan Volodymyr Tsemakh. – Agensi