Musa Abdul Malek

KUALA LUMPUR – Affin Bank Bhd melantik Musa Abdul Malek sebagai Pengerusi Affin Islamic Bank Bhd (AiBB) yang baharu.

Pelantikannya berkuat kuasa 22 Jun 2022.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, AiBB berkata, Musa telah berkhidmat sebagai pengarah bebas bukan eksekutif AiBB sejak 1 Ogos 2019.

Bbeliau mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalam perbankan dan memegang pelbagai jawatan kepimpinan kanan dalam Kumpulan HSBC, Bank Muamalat Malaysia Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd.

Musa juga pernah berkhidmat sebagai pengarah bebas bukan eksekutif Bank Pembangunan Malaysia Bhd pada 2017 sebelum bersara pada Februari 2019. – MalaysiaGazette