Komander Rejimen 505 Askar Wataniah, Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kanan) bersama Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

RAUB – Perjuangan seramai 244 anak watan Pahang kira-kira 80 tahun dahulu kini diabadikan di sebuah tugu peringatan yang dibina di Kem Puncak Mas, di sini.

Tengku Panglima Raja, Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah berkata, seramai 27 pegawai dan 217 lain-lain pangkat dalam pasukan tersebut telah diabadikan pada tugu peringatan itu.

Komander Rejimen 505 Askar Wataniah, Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Menurut Tengku Amir yang juga Komander Rejimen 505 Askar Wataniah, Force 136 yang ditubuhkan pada 16 Mac 1944 merupakan nama samaran kepada operasi sulit yang bertujuan melakukan perisikan dan sabotaj terhadap tentera Jepun ketika itu.

Ia diketuai Yeop Mahidin Mohd Sharif dan turut disertai Abdul Razak Hussin, Ghazali Shafie dan Abdul Rahman Ismail, ujarnya.

“Namun, pada tanggal 1 Disember 1945, Force 136 telah dibubarkan selepas Tentera Jepun menyerah kalah dan anggota pasukan itu dikekalkan sebagai Askar Wataniah.

“Lt. Kol. Yeop Mahidin dilantik sebagai pemerintah, manakala Kebawah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayatuddin Al’ Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Abdullah Al’ Mu’tassim Billah sebagai Kolonel Kehormat,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Tugu Force 136, hari ini.

Waris pasukan Force 136 bergambar bersama Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas perasmian Tugu Peringatan Force 136 Pahang hari ini

Perasmian Tugu Peringatan Force 136 Pahang Rejimen 505 Askar Wataniah disempurnakan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri`ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah.

Menurutnya, pembinaan tugu itu adalah cetusan idea Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustaffa Billah Shah Sultan Ahmad Shah ketuika menjawat Komander Rejimen 505 Askar Wataniah. – MalaysiaGazette