Pemuda Sosialis, Parti Sosialis Malaysia Arveent Kathirtchelvan (Picture for representational purposes only). The employees of J&T Express in a protest over pay disputes
Gambar tular pekerja J&T membaling bungkusan barangan pelanggan tular di laman sosial baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Sejak semalam tular video di media sosial menunjukkan sekumpulan pekerja sebuah kurier yang mogok membaling barangan pelanggan.

Difahamkan mereka bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati terhadap pengurusan syarikat khususnya berkenaan komisen yang diturunkan dari RM1 kepada 30 sen bagi setiap parcel.

Pekerja terbabit juga dikatakan tidak berpuas hati dengan pembayaran elaun kerja lebih masa memandangkan mereka mengangkat barang dari lori sampai tengah malam setiap hari.

Menerusi video berdurasi 58 saat itu, pekerja syarikat kurier itu membaling barangan kiriman pelanggan sambil bersorak sebagai tanda protes kepada majikan mereka.

Akibatnya banyak barangan kiriman pelanggan yang masih tidak dipunggah ke dalam lori dan berlonggok di gudang sahaja.

Sehingga kini, tidak dapat disahkan bila dan di mana kejadian berkenaan berlaku.

Menerusi Twitter dan Facebook, ramai warganet yang kecewa dan marah terhadap tindakan itu.

Ada yang berkata, barang pelanggan tidak sepatutnya menjadi mangsa ketidapuasan hati pekerja terhadap pengurusan syarikat.

“Pekerja sepatutnya boikot. Pegi kerja tapi hanya lepak tidak buat kerja, tidak perlu baling barang-barang orang,” kata YindianHensemTrade di Twitter.

“Weh nak mogok boleh jangan baling barang weh. Menangis tengok. *** pun satu, patut naikkanlah gaji mereka bukan potong,” kata azlyn.

Ada juga netizen menyarankan para pekerja yang tidak berpuas hati dengan majikan supaya melaporkan perkara itu kepada Jabatan Buruh dan bukan menjadikan barangan pelanggan sebagai ‘mangsa’.

Industri kurier pada masa ini menjadi platform utama urusan penghantaran barang ekoran kekangan rentas negeri dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi meminimumkan risiko penularan Covid-19.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Dahlah harga petrol naik, di potong pula komisen dan elaun, kesianlah dia orang ni. Ada yang baru jadi penghantar sebab kena berhenti kerja lama.

  2. ni J & T express .. kalau tengok kat shipping label.
    mohon pihak kerajaan ambil tindakan kepada pengurusan J&T

Comments are closed.