Home Ekonomi Nokia buang hampir 600 pekerja tahun 2019

Nokia buang hampir 600 pekerja tahun 2019

Nokia, peneraju global dalam industri telekomunikasi, komited untuk membantu kerajaan dalam usaha mempercepat pelaksanaan rangkaian 5G menerusi portfolionya yang kukuh pada tahun ini.- Gambar hiasan.

PARIS – Nokia akan membuang 597 orang kakitangannya di Perancis pada akhir tahun 2019 yang merupakan perancangan syarikat bagi penjimatan sejumlah 1.2 bilion euro di peringkat kumpulan.

Pengurangan pekerja itu akan membimbangkan fungsi pusat dan sokongan dalam Alcatel-Lucent International dan Nokia Solutions Networks France, yang menggunakan gabungan 4,200 orang di negara ini, menurut jurucakap Nokia.

Kakitangan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dikecualikan daripada pelan itu.

Nokia, yang membeli Alcatel-Lucent pada tahun 2016, akan berusaha untuk mengehadkan sebanyak mungkin pertindihan kakitangan, katanya.

Kesatuan-kesatuan kakitangan Nakia menegaskan mereka tidak dapat menerima pelan itu dan meminta mesyuarat diadakan di Kementerian Ekonomi.

Kementerian itu berkata, ia akan mengadakan pertemuan dalam beberapa minggu akan datang dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada wakil kesatuan dan syarikat untuk memantau isu itu. – MalaysiaGazette