Home Dunia Panama gantung operasi penerbangan Venezuela

Panama gantung operasi penerbangan Venezuela

Pesawat Santa Barbara Airlines

PANAMA CITY – Panama akan menghalang beberapa syarikat penerbangan Venezuela beroperasi di negara itu.

Kerajaan Panama dalam satu kenyataan pada hari Selasa memberitahu, beberapa syarikat penerbangan termasuk Aeropostal Alas de Venezuela dan Santa Barbara Airlines akan digantung selama 90 hari mulai 25 April.

Ia susulan apabila pegawai-pegawai Venezuela diletakkan dalam senarai berisiko tinggi pengubahan wang haram.

Minggu lalu, Venezuela telah menghentikan perhubungan komersial dengan pegawai dan syarikat Panama termasuk syarikat penerbangan Copa, kerana didakwa terlibat dalam pengubahan wang haram.

Insiden itu menyebabkan kedua-dua negara menarik balik duta masing-masing. – MalaysiaGazette