Gelagat seekor panda selepas kerajaan membenarkan aktiviti di dalam sektor perlancongan bermula esok ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Zoo Negara, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 04 MAC 2021.

BEIJING – Panda gergasi tidak lagi diklasifikasikan sebagai haiwan terancam tetapi masih terdedah dalam bahaya.

Klasifikasi diturunkan kerana jumlah haiwan itu dalam alam liar telah mencapai 1,800.

Pakar mengatakan negara ini berjaya menyelamatkan haiwan ikoniknya melalui usaha pemuliharaan jangka panjang, termasuk pengembangan habitat.

China menganggap panda sebagai harta negara, namun masih meminjamkannya ke beberapa negara lain sebagai tanda diplomatik.

Klasifikasi terbaharu itu “mencerminkan keadaan hidup panda yang semakin baik dan usaha China dalam menjaga habitat secara integrasi”, kata Cui Shuhong, ketua Jabatan Pemuliharaan Alam dan Ekologi Kementerian Ekologi dan Alam Sekitar.

Perkembangan terbaharu itu selepas Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam (IUCN) mengeluarkan haiwan itu dari senarai spesies yang terancam punah dan melabelnya semula sebagai “rentan” pada tahun 2016.

Namun, pada waktu itu, China telah membantah keputusan tersebut.

Pakar-pakar mengatakan kejayaan itu sebahagian besarnya disebabkan oleh usaha China membina semula hutan buluh.

Buluh merangkumi sekitar 99% makanan panda gergasi, tanpanya ia lebih cenderung kelaparan.

Zoo juga telah berusaha meningkatkan jumlahnya melalui kaedah pembiakan kawanan. – MalaysiaGazette