Gambar hiasan.

ISTANBUL – Papua New Guinea dilanda gempa bumi berukuran 6.9 magnitud pada Ahad, menurut Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Pusat gempa terletak 23 kilometer di timur laut bandar Ambunti dan aktiviti seismik kekal tinggi di rantau ini dengan beberapa siri gempa susulan di negara jiran Indonesia dan Kepulauan Solomon, lapor Agensi Anadolu.

Kira-kira 20 minit selepas gegaran pertama, gempa bumi berukuran 5.1 magnitud turut melanda pusat gempa diikuti gegaran berukuran 5.2 magnitud melanda kawasan itu kemudian.

Gorontalo di Indonesia dilanda gempa bumi berukuran 4.9 magnitud sejam kemudian dan Gizo di Kepulauan Solomon dan Ende di Indonesia masing-masing dilanda gempa bumi bermagnitud 5.1 dan 5.7, kemudian, pada hari itu.

Tiada kehilangan nyawa atau harta benda akibat gempa bumi itu, yang terletak kira-kira 64 kilometer di bawah tanah, menurut laporan awal.

Papua New Guinea terletak di zon “Lingkaran Api Pasifik” iaitu kebanyakan gempa bumi dan aktiviti gunung berapi berlaku.

Seramai 21 orang maut dalam gempa bumi berukuran 7.6 magnitud yang melanda negara itu pada September 2022.- BERNAMA-ANADOLU