Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bekalan ayam dan telur telah mula stabil dan harga pasaran semasa kini berada di bawah harga siling kawalan.

Oleh itu, kawalan harga sementara yang ditetapkan akan dilepaskan supaya pasaran tempatan boleh berfungsi semula dengan bebas dalam memastikan keterjaminan bekalan ayam dan telur di pasaran, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2024.

Menurutnya, langkah-langkah konkrit lanjutan akan dibuat oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam masa dua minggu.

Beliau berkata, kerajaan menanggung RM3.8 bilion sejak Februari 2022 untuk subsidi telur dan ayam untuk mengawal harga ayam dan telur yang meningkat mendadak serta menangani kekurangan bekalan. – MalaysiaGazette