Paul Stadlen

KUALA LUMPUR – Pendakwa Malaysia dijangka memfailkan dakwaan pengubahan wang haram terhadap Paul Stadlen hari ini.

Stadlen merupakan penasihat media kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Stadlen yang dilahirkan Britain akan didakwa meskipun tanpa kehadirannya memandangkan beliau telah menghilangkan diri dari Malaysia sebaik sahaja kerajaan pentadbiran Najib hilang kuasa.

Sumber-sumber berkata, pertuduhan itu melibatkan sejumlah wang berjumlah RM15 juta dan penyiasat telah mengesan sumber wang kepada Najib, lapor TheEdge.

Najib kini berdepan dengan 42 tuduhan pecah amanah jenayah dan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Stadlen bekerja dengan firma perunding perhubungan awam APCO International yang berpangkalan di United Kingdom pada tahun 2009.
.