Protesters wave flags as they gather outside the Iranian Embassy in central London on January 2, 2018, in support of national demonstrations in Iran against the existing regime. / AFP PHOTO / Ben STANSALL (Photo credit should read BEN STANSALL/AFP/Getty Images)

WASHINGTON – Majlis Keselamatan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan sekatan terhadap lima syarikat di Tehran, Iran.

Mesyuarat tergempar yang akan diadakan pada jam 3 petang waktu tempatan merupakan inisiatif Amerika Syarikat (AS) selepas sekatan terhadap lima syarikat yang dipercayai menjalankan peluru berpandu.

Menurut Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin, lima syarikat Iran itu didakwa melaksanakan program berpandu balistik haram, serta ada kaitan dengan bantahan.

“Mesyuarat ini bagi membincangkan tekanan meningkat ke atas Tehran berhubung rusuhan maut di negara itu.

“Sekatan itu mensasar entiti utama negara terbabit dalam program peluru berpandu balistik Iran,” katanya dalam kenyataan.

Tidak dapat dipastikan ketika ini sekiranya Moscow cuba menggunakan kuasa veto bagi menghalang mesyuarat hari ini.

Rusia telah berkali-kali mengkritik tindakan AS yang mengenakan sekatan terhadap lima syarikat ini.

Tindakan AS itu diambil walaupun pihak berkuasa Iran mengisytiharkan tamatnya pergolakan dan penunjuk perasaan pro rejim mengambil alih perhimpunan di seluruh negara.

Sementara itu, jalan-jalan raya di Tehran dipenuhi anggota polis lengkap bersenjata walaupun tiada laporan bantahan baharu.

Stesen televisyen Iran menunjukkan ramai penyokong prokerajaan berarak di 10 bandar termasuk Isfahan, Ardebil dan Mashhad, yang mana bantahan pertama meletus seminggu lalu.

Seramai 21 orang maut dan beratus-ratus orang ditahan dalam tempoh lima hari rusuhan yang bermula 28 Disember lalu bagi memprotes masalah ekonomi, selain daripada tentangan rejim. – MalaysiaGazette