Sembilan pelacur tempatan menjalankan aktiviti persundalan diberkas di sebuah hotel mewah di George Town, awal pagi tadi.

GEORGE TOWN – Ketepikan larangan agama semata-mata ingin hidup mewah menyebabkan sekumpulan wanita tempatan sanggup menjadi pelacur kelas atasan secara sambilan.

Kegiatan sembilan wanita termasuk seorang ‘ibu ayam’ berstatus janda itu bagaimanapun berjaya dibongkarkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bahagian Siasatan Jenayah (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dalam serbuan di sebuah hotel mewah di pusat bandar awal pagi tadi.

Serbuan bermula pukul 2.30 itu turut mendapati enam daripada merekat berada di dalam bilik bersama lelaki ‘hidung belang’ yang telah membuat pembayaran penuh.

Seorang wanita yang dipercayai ‘ibu ayam’ berstatus janda dalangi kegiatan persundalan itu tidak dapat menahan sebak sebaik Soffian (tengah) bertanya mengenai latar belakang keluarganya semasa operasi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, serbuan itu dilakukan hasil risikan sejak sebulan lalu selepas mendapati wanita tempatan terbabit dalam kegiatan persundalan.

Hasil siasatan awal mendapati sembilan wanita terdiri daripada kerani, pekerja kilang serta peniaga online itu mengaku terbabit dalam kegiatan tidak bermoral demi mengejar kehidupan mewah.

“Kesemua mereka berusia lingkungan 21 hingga 33 tahun itu berasal dari Pulau Pinang, Kedah serta Perak. Malah ada yang bujang serta berstatus janda.

Polis turut menemui kondom dalam enam bilik yang diserbu.

“Siasatan lanjut juga mendapati rata-rata mereka berlatar belakang daripada keluarga yang bermasalah selain ada yang mempunyai anak berusia seawal lima tahun,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan hari ini.

Mengulas mengenai modus operandi, Soffian berkata, sindiket itu akan menawarkan perkhidmatan mereka melalui aplikasi WhatsApp selain rundingan harga turut dibuat menerusi medium yang sama.

Setiap wanita mengenakan caj RM400 untuk dijadikan teman berhibur bagi tempoh tiga jam dan RM1,500 bagi pakej bermalam termasuk khidmat seks.

Soffian (kanan) melakukan siasatan awal terhadap wanita tempatan yang ditahan terlibat dalam kegiatan persundalan.

“Dalam serbuan ini, kita dapati sindiket aktif sejak sebulan lalu dan berdasarkan tangkapan ada yang mengaku kali pertama dan ada juga sudah lebih tiga kali melakukan kegiatan sebegini.

“Selain itu, kita juga menemui 18 kondom yang belum digunakan serta wang tunai berjumlah RM6,220 yang dipercayai hasil kegiatan tersebut.

Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Timur Laut untuk siasatan lanjut.

“Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Timur Laut untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 372A Kanun Keseksaan dan 372B akta sama,” tegas beliau. – MalaysiaGazette

Video Berkaitan