Tyrese Haspil. foto WSJ

NEW YORK – Pembantu peribadi seorang usahawan teknologi muda yang ditemui dipenggal dan mayatnya dikerat di dalam apartmennya di Manhattan telah ditahan.

Dia akan didakwa terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Gakoda itu, Fahim Saleh, 33, ditemui mati pada hari Selasa lalu oleh adiknya di dalam sebuah kondominium bernilai AS$ 2.25 juta ($ 3,1 juta) di sebuah bangunan mewah di Lower East Side, kata polis.

Adik mangsa datang ke kediaman abangnya setelah tidak mendapat khabar daripada Fahim sehari sebelum itu.

Mayat Fahim ditemui dalam keadaan mengerikan dengan kepala dan anggota badan telah terpisah dan bahagian tubuhnya ditempatkan di dalam plastik besar.

Gergaji elektrik masih terpasang di tempat berhampiran.

Suspek, Tyrese Devon Haspil, 21, didakwa dengan pembunuhan darjah kedua dan jenayah lain.

Polis percaya motif pembunuhan tercetus selepas Fahim mengetahui suspek telah mencuri puluhan ribu dolar darinya, walaupun pada hakikatnya dia tidak Saleh tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

Sebaliknya, suspek telah diminta membayar semula wang yang diambil secara ansuran.

Penyiasat juga membuat kesimpulan Fahim dibunuh pada hari Isnin, sehari sebelum mayatnya dijumpai dan pembunuh itu kembali keesokan harinya ke pangsapuri Saleh di East Houston Street untuk menyembunyikan mayat dan membersihkan tempat kejadian.

Polis percaya suspek telah mengekori mangsa dari sebuah lif dan memasuki apartmennya.

Suspek menggunakan senjata perenjat dan kemudian menikam mangsa hingga mati.

Video keselamatan yang diambil dari dalam lif menunjukkan suspek menggunakan pembersih vakum mudah alih untuk membersihkan jejaknya.

Forensik New York City memaklumkan mangsa meninggal dunia akibat luka tikaman di leher dan tubuhnya.

Pada mulanya, seorang pegawai undang-undang menggambarkan pembunuhan itu sebagai “serangan” dan mendakwa ia kelihatan “seperti pekerjaan profesional”.

Polis percaya kerja-kerja menyembunyikan mayat mangsa mayatnya terganggu ketika saudara perempuan mangsa tiba dari lobi bangunan itu, mendorong suspek melarikan diri melalui pintu belakang pangsapuri menggunakan tangga sebelum adik Fahim tiba. – MalaysiaGazette