Minuman mengandungi alkohol beracun yang menyebabkan 86 kematian di Punjab. foto Agensi

NEW DELHI – Polis India melakukan serbuan dan menahan kartel yang mengakibatkan seramai 86 orang di Punjab maut selepas meminum arak beracun.

”Kami telah melakukan serbuan di lebih 30 tempat hari ini dan kami telah menahan enam orang lagi,” kata Dhruman H. Nimbale, seorang pegawai kanan polis.

Nimbale memaklumkan kematian pertama berlaku pada hari Rabu lalu tetapi polis hanya diberitahu pada hari Jumaat.

Serentak itu, siasatan dilancarkan untuk mengenal pasti punca kematian.

Setakat ini, seramai 25 orang telah ditahan dan lebih 100 serbuan dibuat di tiga daerah serta merampas beratus-ratus botol arak di kawasan perkampungan dan kedai-kedai makan.

Sebilangan cairan yang disita itu mengandungi bahan yang digunakan dalam industri cat dan perkakasan.

Kematian akibat alkohol yang dihasilkan secara haram, yang dikenali secara tempatan sebagai hooch atau ‘minuman keras negara’ adalah kejadian biasa di India kerana banyak yang tidak mampu mendapatkan minuman keras berjenama.

Sekatan perjalanan akibat koronavirus baru-baru ini juga menyukarkan pengguna untuk menikmati minuman ini.

Pada hari Jumaat lalu, 10 lelaki mati di negeri-negeri selatan India selatan setelah mengambil cecair nyah kuman yang mengandungi alkohol berikutan penutupan kedai minuman keras. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. bagus juga kalau dibiarkan arak beracun ni . kurang sikit lah manusia mabuk atas dunia ni. lama2 boleh pupus lah tinggal yang baik2 saja.

Comments are closed.