Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris

KUALA LUMPUR – Yayasan Kebajikan Insan (YKI) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tentera Israel menyerang Semenanjung Gaza dalam krisis Sheikh Jarrah sehingga mengorbankan hampir 31 orang awam.

Pengerusi YKI, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, serangan itu juga telah mengakibatkan kecederaan terhadap rakyat Palestin termasuklah kanak- kanak dan juga wanita serta menyebabkan kemusnahan harta benda dan juga kediaman mereka.

Tegas beliau, YKI menyifatkan tindakan Israel ini sebagai genosid atau pembunuhan beramai-ramai yang menumpukan terhadap umat Islam di Palestin.

“Israel secara berterusan melakukan jenayah ini dan seolah-olah kebal melakukan pembunuhan beramai-ramai ini.

“Dalam menyambut ketibaan bulan Syawal yang mulia ini, Yayasan Kebajikan Insan menegaskan tindakan Israel ini adalah keji dan terkutuk kerana melakukan kezaliman tanpa henti terhadap umat Islam di Palestin dan rejim ini wajib bertanggungjawab terhadap jenayah ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Najmil Faiz menembah, pada masa yang sama, pertubuhan antarabangsa seperti Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) perlu memainkan peranannya dengan mendesak Israel untuk menghentikan segera kezaliman terbaharu terhadap rakyat Palestin.

“Sekali lagi, Yayasan Kebajikan Insan sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bagi terhadap Palestin dan bersoladariti bersama rakyat Palestin dalam krisis kemanusian ini,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Usah harap sangat PBB setelah sekian lama Azeris bertindak sendiri dengan dibantu Turki untuk berjaya ambil balik Nagorno-Karabah. Bila lagi Malaysia akan berjaya ambil balik semua tanah rizab Melayu yang kini tinggal 12% jer?

Comments are closed.