Zuraida Kamaruddin

KUALA LUMPUR– Ketika bergelar pembangkang dan kini menganggotai jemaah menteri, perjuangan Zuraida Kamaruddin masih lagi sama.

Beliau terus kekal komited memperkasakan wanita negara ini dalam semua aspek termasuk bidang politik.

Ini boleh dilihat dengan komitmen yang ditonjolkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada Sidang Kemuncak Women Political Leaders (WPL 2019), malah beliau telah menyertai sidang kemuncak itu sejak 2016.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan sahaja ‘rajin’ menyertai persidangan dunia ini, sebaliknya turut terpilih menjadi duta WPL mewakili Malaysia sejak 2017.

Zuraida Tokyo2

Tahun ini, WPL yang di adakan di Tokyo, Jepun pada 25 hingga 27 Jun turut mengumpulkan wakil rakyat pada peringkat nasional dari pelbagai.

Ia merupakan platform perkongsian idea, pengalaman dan amalan terbaik antara pemimpin wanita dalam bidang politik.

Sidang Kemuncak WPL yang menghimpunkan pemimpin politik seperti Ketua-ketua Kerajaan, Menteri Kabinet, Ahli Parlimen dan Datuk Bandar mula dianjurkan pada 2014.

Selain perkongsian idea dalam dunia politik ia juga dijadikan medan menangani cabaran global serta berkongsi pengalaman berkaitan politk wanita itu juga disertai badan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, OECD, Bank Dunia dan rakan kongsi strategik.

Zuraida yang turut terpilih menjadi panelis bukan sahaja berkongsi idea beliau berhubung cabaran wanita menyertai politik, malah beliau berikrar komited dalam memastikan impian lebih ramai pemimpin politik wanita tercapai.

ZuraidaTokyo1Perkongsian serta cabaran dan perjuangan itu bukan sahaja didengari pemimpin wanita dunia malah mereka mengkagumi komitmen Zuraida ketia beliau menjadi pembangkang sehingga kini menjawat jawatan menteri.

Ketika bercakap sesi panelis yang turut disertai pemimpin wanita dari negara lain, Zuraida berkongsi pengalaman tentang usaha Malaysia menangani isu-isu perkahwinan bawah umur.

Selain itu, Zuraida juga menggunakan peluang yang ada untuk mendesak dihudupkan semula pilihan raya tempatan, sekali gus memberikan peluang kepada lebih ramai penyertaan wanita dalam politik.

Tahun ini juga Malaysia telah mencatat lebih ramai pimpinan wanita menyertai persidangan WPL bagi menimba pengalaman sebelum ia digunapakai bagi mengangkat agenda pemerkasaan wanita dengan lebih efektif. – MalaysiaGazette