BANGKOK – Beberapa penumpang cedera dengan selepas penerbangan pesawat Aeroflot dari Moscow ke Bangkok mengalami ribut udara yang teruk.

Kejadian itu berlaku ketika pesawat Boeing 777 berada kira-kira 40 minit sebelum mendarat di ibu negara Thailand, menurut Aeroflot dalam kenyataan di sini.

Syarikat penerbangan itu berkata, anak-anak kapal tidak dapat memberi amaran kepada penumpang tentang ribut itu kerana ia berlaku ketika langit dalam keadaan baik.

“Beberapa penumpang cedera,” kata kenyataan itu. – MalaysiaGazette