Gambar hiasan

SAN DIEGO- Dalam kenyataan pertamanya pada tahun baharu ini, beberapa ketua bank Rizab Persekutuan serantau memaklumkan pasaran pekerjaan yang kukuh, perbelanjaan pengguna yang memberangsangkan serta optimisme yang meningkat terhadap penyelesaian perang perdagangan bakal menjadi pemacu pertumbuhan pada separuh 2019.

Selepas menurunkan kadar faedah sebanyak tiga kali pada tahun lepas bagi membolehkan sasaran Rizab Persekutuan sebanyak 1.5 peratus hinga 1.75 peratus dan memastikan persekitaran global tidak menjejaskan ekonomi Amerika Syarikat.

“Saya rasa kebanyakan daripada kita merasakan kita sudah semakin baik sekarang, kata Presiden Bank Rizab Persekutuan Cleveland, Loretta Mester dalam satu temu bual di luar sebuah persidangan ekonomi di sini.

Berdasarkan beberapa unjuran rakan-rakan sejawatnya jawatankuasa penetapan kadar faedah Rizab Persekutuan, Mester berkata, “jawatankuasa berkenaan merasakan laluan mendatar (untuk kadar faedah) adalah sesuai.”

Beliau merupakan antara beberapa pembuat dasar Rizab Persekutuan yang bertegas pada tahun lepas mengatakan tidak perlu untuk menurunkan kadar fedah bagi meneruskan pertumbuhan ekonomi AS.- Agensi