Foto Instagram Ustaz Abdul Rani.

KUALA LUMPUR – Kemelut rumah tangga pasangan selebriti, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana yang masih berlarutan terus menarik perhatian ramai pihak baik termasuk golongan agamawan.

Terbaharu, pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani tampil bersuara mengenai isu poligami dengan berpendapat jalan pendamaian masih terbuka luas dan pergaduhan akan memberi kejayaan kepada syaitan.

Beliau berkata, penceraian bukanlah jalan terbaik bagi menamatkan segala kemelut yang berlaku dalam hidup berumah tangga terutama bagi mereka berpoligami.

“Rahmat Allah itu terlalu luas, jalan damai itu pun terbuka luas selagi nyawa tidak sampai di halkum, usah mengalah dalam membina kekeluargaan, binalah kekeluargaan mukmin dengan kelapangan bukan dengan kesempitan, usah biarkan gangguan syaitan mengganggu perasaan, jadilah kekeluargaan Rasulullah sebagai panduan dan ikutan.
“Memilih jalan sempit akan memberi kejayaan kepada syaitan yang sering mengganggu kekeluargaan mukmin yang baik. Usah diikuti perasaan dan kemahuan syaitan yanng inginkan kekeluargaan mukmin hancur berantakkan.
“Ikutlah jalan kehidupan kekeluargaan Rasulullah sebagai panduan. Noktahkan perasaan itu dengan berserah kepada Allah yang maha Penyayang. Kita masih ada ALLAH,” tulis di laman sosialnya sambil memuatkan naik artikel Puteri Sarah yang minta dilepaskan oleh suaminya yang juga pengarah filem, Syamsul Yusof selepas berkahwin dua dengan pelakon muda, Ira Kazar.
Dalam hantaran lain, Abdul Rani memberitahu, tugas umat Islam adalah mendamaikan dan bukannya menggalakan penderitaan yang mengakibatkan perpisahan.
“Ini tugas kita, mendamai bukan memisah, menjahit simpulan kasih bukan menggunting dan mencarik menambah luka yang berpanjangan, memberi kemenangan kepada setiap keluarga mukmin bukan memisahkan lagi menambah kekusutan yang berpanjangan,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.