Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan hairan apabila ada pihak tertentu mendakwa PPIM mempunyai cawangan di negeri-negeri tertentu sedangkan pihaknya tidak pernah berbuat demikian.

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan membuat pendedahan menerusi temubual eksklusifnya bersama theRakyat yang Yusuf Azmi tidak lagi bersama-sama dengan NGO itu.

Sejurus selepas itu, wujud respon negatif dalam kalangan ahli PPIM sendiri yang meyanggahnya termasuk mempertikaikan berita portal berkenaan.

Ekoran itu Nadzim hari ini memaklumkan akan mengadakan sidang media bersama-sama dengan Yusuf pada Selasa ini bagi memperjelaskan isu tersebut.

“Isu itu… Selasa ini, pukul 3 petang insya Allah kita akan adakan satu sidang media mengenainya. Khusus tentangnya, Yusuf pun ada sekali,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, Nadzim diminta mengulas mengenai percanggahan dakwaan PPIM menerusi Facebook rasmi NGO itu yang menyifatkan kenyataan daripada Nadzim seterusnya disiarkan oleh portal berita itu merupakan fitnah. -MalaysiaGazette

Yusuf Azmi bukan lagi bersama PPIM