Ahmad Zahid Hamidi UMNO Anti-Party Hopping Bill law Cabinet PM Ismail Sabri
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijadual akan bertemu dengan kesemua Ketua-ketua UMNO Bahagian daripada seluruh negara hari ini.

Jemputan pertemuan segera dan diletakkan sebagai mustahak itu dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan kira-kira pukul 11.15 malam tadi.

Pertemuan yang berlangsung di ibu pejabat UMNO di Menara Dato’ Onn itu dikatakan akan membincangkan perkara penting berhubung masa depan parti.

“Pertemuan segera dan mustahak. Yang Berbahagia Datuk Presiden dan Timbalan Presiden UMNO meminta agar Ketua-ketua UMNO Bahagian hadir ke satu pertemuan khas berhubung satu perkara yang sangat penting demi masa depan parti yang mesti disegerakan seperti ketetapan berikut.

“Tarikh: Isnin 22/8/22. Masa 11 pagi. Tempat Tingkat 39 Menara Dato Onn PWTC KL. Atas kehadiran dan keprihatinan semua, terlebih dahulu dirakamkan ucapan terima kasih,” katanya.

Sementara itu beberapa sumber mengesahkan pertemuan tersebut kepada MalaysiaGazette.- MalaysiaGazette