Kerani urusetia membuat persiapan bagi proses penamaan calon pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tahun 2018 di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya. Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 05 OGOS 2018 - Gambar hiasan
Kerani urusetia membuat persiapan bagi proses penamaan calon pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tahun 2018 di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya. Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 05 OGOS 2018 - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Proses pemilihan barisan kepimpinan PKR di Kedah dan Pulau Pinang berjalan dengan lancar hari ini.

Bagaimanapun, ada empat cabang menghadapi masalah sejak proses pengundi dijalankan jam 9 pagi tadi.

Antara cabang bermasalah ialah Alor Setar, Kulim Bandar Baharu, Sik dan Pokok Sena, yang mana pengawas pusat pengundian tidak dapat mengakses sistem berikutan masalah teknikal.

Sehingga jam 2 petang ini, pemilihan cabang Kulim Bandar Baharu dan Sik terpaksa ditangguhkan pada waktu yang akan dimaklumkan nanti.

Menurut sumber, hanya cabang Pokok Sena tidak boleh diadakan pengundian kerana difahamkan masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mengikut rekod, seramai 105,056 ahli PKR melibatkan Kedah dan Pulau Pinang yang memulakan proses pengundian hari ini akan mengundi untuk memilih perwakilan.

Di Pulau Pinang, kata sumber itu lagi, empat pemimpin Ketua Cabang dijangka menang tanpa bertanding termasuk Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dari Cabang Permatang Pauh.

Keputusan awal yang diperolehi Kedah dan Pulau Pinang mampu menunjukkan arah politik di utara yang akan memberi isyarat kepada negeri lain yang dikatakan sebagai keputusan Anwar. – MalaysiaGazette