Mustapa berpuas hati dengan kempen calon BN Kelantan dan setakat ini tidak berlaku kekacauan.
Mustapa berpuas hati dengan kempen calon BN Kelantan dan setakat ini tidak berlaku kekacauan.

KUALA LUMPUR – Kerjasama yang dimeterai antara Proton Holdings Berhad (Proton) dan Geely mencerminkan komitmen syarikat automotif itu dengan pelan pemulihannya.

Ia juga menepati syarat pinjaman RM1.5 bilion yang diluluskan kerajaan pada April tahun lalu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ia adalah keputusan perniagaan yang telah mengambil kira kepentingan syarikay dan kakitangannya, selain 50,000 pekerja dalam rantaiannya.

Menurut beliau, Geely mempunyai trek rekod yang baik dan merupakan salah satu daripada syarikat automotif utama di China.

Sebagai contoh, katanya, Geely merekodkan kenaikan jualan di China sebanyak 50 peratus tahun lalu kepada 766,000 kenderaan dan pembelian Volvo pada tahun 2010 juga berjaya dengan merekodkan jualan sebanyak 540,000 jualan tahun lalu, kenaikan lebih 200,000 berbanding pada 2009

Lantaran itu, katanya, Geely mampu merangsang prestasi jualan dan keuntungan Proton.

“Saya percaya perkembangan ini telah lama ditunggu-tunggu oleh 350 pengilang alat ganti dan komponen dan vendor yang berkaitan dengan perkhidmatan di bawah eko-sistem Proton,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mustapa berkata, kementeriannya berharap dengan perjanjian itu membolehkan Proton mendapat akses di China dan pasaran pemanduan kanan di Asia Tenggara.

Selain itu, kerjasama itu akan membolehkan Proton menerokai teknologi serta kemudahan penyelidikan dan pembangunan termasuk platform dan enjin.

Lebih penting lagi, ia berpotensi memaksimumkan potensi kilang Proton di Tanjung Malim dan Shah Alam yang kini mempunyai kapasiti 380,000 buah.

“Beberapa tahun lalu, Proton hanya beroperasi dengan 40 peratus kapasiti,” ujarnya.

Sejak pengenalan Dasar Automotif Nasional pada tahun 2006, Mustapa berkata, kementeriannya telah berkerja keras dengan semua pembuat kereta termasuk Proton untuk meningkatkan eksport kereta di rantau ini dan dunia.

Tetapi prestasi negara amat mengecewakan kerana hanya 33,438 buah kereta dieskport pada tahun lalu dengan 301 buah daripada Proton.

“Saya berharap eksport Proton akan meningkat semula dan mencapai skala ekonomi.

“Kerjasama dengan Geely memulakan era baharu untuk Proton walaupun laluannya masih panjang tetapi ia adalah langkah yang betul,” katanya. – MalaysiaGazette

Comments are closed.