Vladimir Putin.

NIZHNY NOVGOROD, Rusia – Vladimir Putin mengesahkan beliau akan mempertahankan jawatan untuk penggal keempat dengan bertanding pada pilihan raya presiden pada Mac tahun depan, pertandingan yang dilihat mudah dimenangi dan memperkukuhkan kekuasaan untuk tiga dekad.

Putin, 65, telah berada pada tampok pemerintahan, sama ada sebagai presiden ataupun perdana menteri sejak 2000, lebih lama daripada pemimpin veteran Soviet, Leonid Brezhnev dan hanya berada di belakang Josef Stalin, lapor Reuters.

Jika Putin memenangi pemilihan presiden untuk penggal keempat, beliau layak untuk berkhidmat selama enam tahun sehingga 2024 dan berusia 72 tahun ketika itu.

Disokong rangkaian televisyen milik kerajaan, Putin menerima sokongan sebanyak 80 peratus dan keputusan untuk menyertai pilihan raya yang diumumkan di kilang kereta di bandar Nizhny Novgorod telah dijangkakan.

“Saya akan menjadi calon jawatan presiden Kesatuan Rusia,” kata Putin menjawab soalan seorang pekerja kilang itu yang memberitahu pemimpin Rusia tersebut bahawa ‘semua orang’ di dalam dewan menyokongnya.

“Tiada tempat atau peluang yang lebih baik untuk mengumumkannya. Saya pasti semua akan berjalan lancar,” kata Putin. – Agensi