Kalidou Koulibaly. Foto WorldFootball

LONDON – Manchester United sedia melakukan bidaan rekod dunia dalam usaha mendapatkan pemain bek tengah Napoli, Kalidou Koulibaly.

Daily Mail melaporkan, United sanggup membayar sekitar £90 juta (RM360 juta) bagi mengatasi rekod dunia untuk bek tengah yang dipegang oleh Virgil Van Dijk dengan nilai £75 juta.

Namun bidaan United itu dikatakan tidak dilayan Napoli.

Ini kerana Koulibaly dilaporkan memiliki klausa perlepasan bernilai £129 juta di dalam kontraknya.

Sebelum ini, Presiden Napoli, Aurelio de Laurentis memberitahu kelab itu menerima beberapa bidaan dan mereka menolaknya dan salah satu daripadanya adalah bidaan dari United.

Ini menjadikan Koulibaly antara bek tengah yang menjadi sasaran banyak pasukan.
Real Madrid antara kelab yang meletakkan Koulibaly sebagai pemain dalam senarai beli jika Raphael Varane berubah angin pada musim akan datang. – MalaysiaGazette