THB Bank

KUALA LUMPUR- RHB Bank menerima kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (Bank Negara) hari ini bagi memulakan rundingan dengan AMMB Holdings Bhd. bagi kemungkinan untuk menggabungkan perniagaan mereka.

RHB dan AMMB dalam kenyataan berasingan di Bursa Malaysia berkata, kelulusan tersebut sah sehingga 30 November ini.

“Berhubung kelulusan yang diberikan oleh Bank Negara, kedua-dua pihak pada hari yang sama telah memasuki perjanjian untuk berunding serta memuktamadkan harga, struktur, terma dan syarat yang berkaitan bagi cadangan penggabungan tersebut.

Ini termasuk tarikh pengumuman ini sehingga jam 5 petang pada 30 Ogos nanti (atau jika terdapat tarikh lain yang dipersetujui semua pihak),” katanya.

Terdapat penyambungan automatik dari segi tempoh ekseklusif sebelum diserahkan kepada Bank Negara bagi permohonan kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk tujuan penggabungan tersebut.

RHB dan AMMB akan membuat pengumuman selanjutnya sekiranya perlu.- MalaysiaGazette