Turki Al-Maliki. foto SaudiGazette

RIYADH – Angkatan Pertahanan Udara Diraja Arab Saudi berjaya memintas peluru berpandu balistik yang dilancarkan oleh pemberontak Houthi yang mensasarkan selatan Jazan.

Kolonel Turki Al-Maliki, jurucakap Pasukan Gabungan berkata, peluru berpandu dilancarkan dari Gabenor Saada Yaman yang mensasarkan kawasan awam.

“Pada 7.27 malam Angkatan Pertahanan Udara Diraja Arab Saudi melihat pelancaran peluru berpandu menuju Jazan dan berjaya dipintas dan dimusnahkan.

“Tidak ada kemalangan nyawa berlaku, “kata Al-Maliki sambil menambah pemberontak Houthi telah melepaskan 185 peluru berpandu balistik ke arah negara itu setakat ini.

Beliau berkata, tindakan bermusuhan oleh pemberontak Houthi ini membuktikan rejim Iran terus terlibat dalam menyokong kumpulan bersenjata dalam penolakan jelas terhadap resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Tindakan itu juga bertujuan mengancam keselamatan bukan sahaja Arab Saudi tetapi juga wilayah dan dunia. – MalaysiaGazette